03 June 2021

KONGSI FOTO BERBIKINI - NETIZEN NASIHAT BCL, KASIHANKAN ARWAH SUAMI



Menerusi muat naik di laman Instagram baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah berkongsi fotonya berbikini di atas bot, dan ia menjadi perhatian ramai.

Menerusi foto tersebut, BCL turut menyertakan kapsyen ingin menjadi seperti lautan yang dicirikan sebagai cantik, penuh misteri, liar dan bebas.

"The ocean is everything I want to be.. Beautiful, mysterious, wild and free..," demikian tulis Bunga atau mesra disapa dengan panggilan BCL.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata netizen memuji kecantikan selebriti itu, bagaimanapun ada juga yang terkejut serta meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan BCL itu. Tidak kurang juga ada segelintir netizen yang meluahkan rasa kasihan dengan arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

Untuk makluman, BCL mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Sinclair, pada 8 November 2008. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak Noah Sinclair. Ashraf meninggal dunia pada 18 Febuari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: