02 June 2021

MIRA FILZAH SUDAH TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN ASTRAZENECA



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon dan pengacara Mira Filzah telah memaklumkan dia telah selamat menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada Sabtu.

Di samping berkongsi situasi saat mengambil vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu proses pengambilan vaksin berjalan dengan lancar serta efisyen. Mira turut berkongsi prosedur pengambilan vaksin.

"Alhamdulillah, hari Sabtu lepas Mira selesai ambil dos pertama Vaksin AstraZeneca. Baru hari ni rajin nak post sebab baru baik demam! Proses keseluruhan sangat efficient, Mira sampai around 1135 A.M++ macam tu, habis nak dekat jam 1 P.M juga tapi tak terasa lama sebab kita sentiasa bergerak dari satu kaunter ke kaunter lain,"- tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji perkongsian pelakon Sweet Dreams ini: "Baguih kak mira ni gi vacc takda potong potong queue apa semua mcm vvip beratur mcm rakyat biasa ja. Contoh teladan yg baik utk artist lain" - "sakit tak cucuk jarum?" - "curlas ko nyeh xla feeling kayangan," demikian antara komen-komen netizen.

Klik untuk gambar besar










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: