03 June 2021

COVID-19 - ZUA XPDC, ISTERI & DUA ANAK DISAHKAN POSITIF



Disahkan positif Covid-19 sejak enam hari lalu... demikian halnya dengan pemain bass kumpulan XPDC iaitu Zua. Bukan hanya Zuan sahaja, malah isteri serta dua anaknya juga turut positif wabak tersebut.

Menurut Zua yang juga pengasas Copero Viper itu berkata, mereka kini menjalani kuarantin di rumah yang terletak di Bangsar. Ujar Zua lagi, dia rela dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bersepadu di Maeps, Serdang kerana ada pemantauan doktor sekiranya ada apa-apa berlaku.

"Saya sudah kemaskini status di MySejahtera dan hanya tunggu maklumbalas daripada Kementeriaan Kesihatan. Memang saya tahu ada penduduk sekitar sini positif Covid-19. Ikutkan saya hanya duduk rumah dan tak ke mana-mana.

"Saya syak terkena jangkitan ketika dalam lif. Buat masa ini saya amalkan pemakanan sunnah seperti habbatus sauda, madu dan minyak zaitun. Penyakit ini buat saya rasa panas dalam badan dan batuk yang teruk. Mulanya saya demam tapi Alhamdulillah dah pulih. Deria rasa juga tiada," katanya yang menjelaskan tidak berdaya untuk bercakap banyak.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana jiran-jiran sekeliling prihatin dan banyak menghulurkan bantuan. Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank 162795022858 atas nama isterinya, Rosidah Abdul Kadir.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: