04 June 2021

BILA WIKIPEDIA JAAFAR ONN DICEMARI FAKTA PALSU - 'BEKAS AHLI XPDC, BERDUET DENGAN JASON DERULO'



Fakta berkenaan pelakon senior, Jaafar Onn di halaman Wikipedia nampaknya telah 'dicemari' dengan beberapa info tidak tepat yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi laporan Astro Awani, halaman Wikipedia Jaafar Onn sengaja disunting dengan fakta latar belakang yang tidak berkaitan dengan kerjayanya sebagai penghibur tanah air.

Antara info yang tidak tepat yang disunting adalah Jaafar Onn pernah berkolaborasi dan menghasilkan lagu bersama-sama kumpulan muzik Amerika Syarikat, Avenged Sevenfold dan juga Jason Derulo.

Malah, dia juga didakwa sebagai bekas ahli kumpulan XPDC dan turut serta menjadi mangsa suntingan tidak bertanggungjawab berkenaan adalah MK daripada kumpulan K-Clique.

Klik untuk gambar besar



Setelah diteliti, info-info palsu berkenaan sudah dikesan berada di halaman berkenaan sejak 27 Disember 2020 dan kali terakhir disunting pada 18 Mei 2021.

Yang pasti, perkara-perkara seperti itu dapat memburukkan imej Jaafar Onn sebagai artis senior dan veteran yang telah banyak menyumbang kepada industri hiburan tanah air.

Setelah mendapat perhatian media, ruangan Wikipedia milik pelakon sitkom popular 'Cili Padi' itu telah disunting dan info yang terdapat di dalamnya sudah diperbetulkan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: