11 June 2021

COVID-19 - 12 AHLI KELUARGA RODY KRISTAL POSITIF, ANAK KEDUA DIMASUKKAN KE HOSPITAL



Jika sebelum ini, gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody mengesahkan dirinya dan isteri positif Covid-19, terkini anak kedua pasangan ini, Barie Habibullah, 11 bulan pula turut positif.

Menurut Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, Barie pada mulanya dimasukkan ke hospital setelah mengalami demam panas dan muntah-muntah. Ujian calitan selepas itu menunjukkan anak kedua Rody juga positif.

"Disebabkan itu, Barie dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh daripada Hospital Kajang. Malam tadi suhunya naik lagi, pernafasan juga nampak tak elok, jadi mereka (doktor dan jururawat) pasangkan nebulizer.

Klik untuk gambar besar



"Doktor bimbang juga keadaan semakin teruk tetapi Alhamdulillah jam 5 pagi tadi keadaannya semakin ok dan boleh tidur. Terima kasih doktor dan jururawat ambil tindakan cepat. Sedih lihat dia menangis," kongsi Rody menerusi Insta Story Instagram miliknya.

Tambah Rody, dia juga meminta orang ramai mendoakan agar anaknya cepat sembuh: "Doakan anak saya sembuh ya. Tolonglah duduk rumah, jangan keluar selagi tak ada benda penting ok. Ingat anak, ingat ibu bapa kita ok," ujarnya.

Sementara itu, Niena yang juga penjaga gol futsal skuad wanita kebangsaan itu memaklumkan ke semua 12 ahli keluarga Rody termasuk anak sulungya, Adithya Jabbar, 2 disahkan positif virus itu. Bagaimanapun tujuh daripada mereka tidak mengalami simptom yang teruk.



"Kesemua ahli keluarga kami 12 orang didapati positif termasuk Adith (Adithya). Tetapi kami bersyukur, tujuh daripada kami tidak mengalami simptom yang teruk. Mak dan ayah ok lagi setakat ini.

"Adik Rody, Sella perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan anaknya. Doktor kata risiko sebab dia positif. Harap Sella kuat, dia mengandung 36 minggu dan doakan semuanya selamat," katanya.

Sebelum ini, Rody memaklumkan dia disahkan positif virus Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) pada Sabtu. Rody menjadi kontak rapat adik iparnya yang terlebih dahulu disahkan positif setelah mengalami gejala demam panas selama tiga hari.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: