10 June 2021

ISU 'BUAT BODOH-BODOH' - DR MUHAYA MOHON MAAF, TAMPIL JELASKAN



"Assalamualaikum anak-anak bonda dan semua yang memberi maklumbalas berhubung potongan klip 'buat bodoh-bodoh' yang tular semalam. Untuk makluman, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk "ANTARA CINTA DAN CITA-CITA".

"Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

"Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.

"Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.

Klik untuk gambar besar



"Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya. Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk CINTA & CITA-CITA.

"Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah. Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live CINTA & CITA-CITA (di youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul.

"Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat," demikian kata pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad menerusi kenyataan di Facebook dimana beliau tampil memohon maaf diatas kontroversi perkataan 'buat bodoh-bodoh' membabitkan dirinya.



Menurutnya, beliau mengambil tanggungjawab memohon maaf atas salah faham yang timbul dan berterima kasih kepada semua yang mengambil berat isu tersebut.

Muhaya berkata, beliau juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya maka sentiasa mendukung, mendoakan setiap wanita berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah S.W.T.

Justeru, katanya, mereka yang mahu mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi tersebut perlu menonton sepenuhnya rakaman video bertajuk "Antara Cinta dan Cita-Cita" tersebut. Jelas beliau, jawapan mengenai persoalan kepada kontroversi itu hanya dapat difahami selepas itu.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: