25 June 2021

"HANG PERNAH JATUH TAPI HANG PILIH UNTUK BANGKIT" - DA'I SYED DIPUJI BANTU GOLONGAN TERJEJAS



"Semoga terukir senyuman. Tidak kira bangsa atau agama, kita adalah manusia. Aku pernah begini, walau dirimu sudah tinggi di langit, jangan lupa kaki mu masih lagi berada di bumi!

"Alhamdulillah untuk harini, esok sambung. Sebenarnya ramai yang DM mohon bantuan, bila baca 'keluhan & rintihan' mereka mashallah, tak terkata bila baca. SEDIH! Ini sahaja saya mampu," itulah kata pendakwah bebas, Da'i Syed menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, memuat naik foto serta video dimana dia tampil memberikan bantuan kepada golongan yang terjejas pendapatan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total Lockdown).

Klik untuk gambar besar



Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Da'i Syed menghantar pelbagai jenis bantuan makanan keperluan harian beripa beras dan telur yang diagihkan kepada beberapa kediaman rumah pangsa di sekitar Lembah Klang.

Bukan itu sahaja, bantuan juga turut diberikan kepada pelajar-pelajar universiti yang terkandas di kampus sepanjang tempoh total lockdown dilaksanakan. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji penghantaran bantuan yang disalurkan oleh penyanyi ini dan berharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terjejas.

"Tabik kat hng. Walaupun hang pernah jatuh tapi hang pilih untuk bangkit. Teruskan sebar kebaikan untuk ummah. Let th past make you strong. May Allah ease everything. - "Alhamdulillah semoga DS sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan," kata seorang wargamaya.



"Semoga apa yang Syed lakukan berbalik kebaikan kepada anda sekeluarga. Semoga dipermudahkan urusan untuk next misi, amen. - "Dalam apa perkara pun, cubalah pandang sisi baiknya.

"Dia tebus kesilapan dan kesalahan yang lalu dengan berbuat kebaikan. Kita manusia di dunia ni tiada yang perfect. Doakan yang baik-baik," antara komen-komen wargamaya.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 21,000 tanda suka daripada pengikutnya.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: