25 June 2021

ELLY MAZLEIN 'SEKOLAHKAN' NETIZEN YANG TEGUR BERI BANTUAN TANPA PERLU HEBOH



"Terbaik buat bagi bantuan. Sebaiknya bantuan sedekah biar la Allah dan orang yang disedekahkan saja yang tau. Tak perlu dihebohkan pertolongan bantuan itu," demikian pendapat seorang individu di media sosial yang tampil menegur penyanyi dan pelakon Elly Mazlein.

Menurut individu tersebut, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, tidak perlu mewar-warkan segala bantuan dan pertolongan yang dihulurkan di media sosial.

Elly yang juga seorang pengacara itu menerusi laman Instagram miliknya tampil membidas kenyataan sesetengah netizen yang memintanya untuk memberi bantuan tanpa perlu menghebohkan kepada umum.

Pelakon drama 'Kampung People' ini kemudian memberi pendapatnya yang merasakan setiap pertolongan yang dihulurkan adalah bergantung kepada niat.

Klik untuk gambar besar



"Kalau tak bagi tau macam mana orang lain nak tau yang kami nak bagi bantuan. Maknanya saudara Ebit Lew pun salah cara la? Segalanya bergantung pada niat. Bukan ke cara macam ini juga sedikit sebanyak buat orang lain di luar sana tergerak hati ingin membantu. Ni la dia kaki sembang," balas Elly.

Ujar Elly lagi, masyarakat seharusnya berhenti menghukum orang lain dan tidak sewenang-wenangnya membanding-bandingkan serta melakukan kerja Allah S.W.T dalam menilai perbuatan orang lain.

Terdahulu, Elly ada memohon orang ramai yang sedang mengalami kesulitan serta kesusahan meneruskan hidup seharian untuk menghubunginya di Instagram agar bantuan dapat dihulurkan kepada orang yang memerlukan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: