25 June 2021

BUAT LAPORAN POLIS & ADUAN KE SKMM - ELIZAD JEJAK FACEBOOK ZAIN RASHDAN, AKAN SAMAN



"Berkenaan kes ini, Elizad sudah membuat laporan polis dan juga sudah membuat aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pada masa sama kami juga mencari kemungkinan untuk mengambil tindakan sivil di mahkamah terhadap pengguna Facebook itu dan kini kami berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai individu terbabit.

"Akaun itu juga sudah dipadamkan. Sebaik saja pemilik akaun itu dikenal pasti, kita akan pertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Pada masa sama kita percaya pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap laporan yang sudah dibuat," demikian jelas peguam pelakon Siti Elizad iaitu Faiz Mohd Iskandar Hamzah.

Kata peguam, Elizad bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook yang menulis komen berbaur penghinaan dengan menggelar pelakon itu mandul, kelmarin.

Faiz dari Tetuan Arief & Iskandar itu ketika dihubungi mamaklumkan, pihaknya kini dalam proses mendapatkan identiti sebenar individu itu yang menggunakan nama Zain Rashdan.

Sebelum ini,, Elizad yang juga penyampai radio Sinar FM membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil berhubung tindakan pemilik akaun itu. Elizad dalam hantaran dimuat naik kelmarin iaitu selepas laporan dibuat berkata, tindakan individu itu adalah keterlaluan dan biadab.

Elizad menyifatkan komen dan status dimuat naik pemilik akaun itu terlalu menyakitkan buat dirinya dan sukar diterima. Tindakan Elizad muat naik komen itu dan langkah yang diambil mendapat sokongan dalam kalangan warganet dan rakan artis.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: