25 June 2021

NEELOFA DIDAKWA HAMIL, NAMPAK BABY BUMP?



"Baby bump. Alhamdulillah jika betul. - "Wah, nampak maca pregnant (mengandung). - "Alhamdulillah, cantik. Cantiknya Neelofa. Berisi tu," itulah komen-komen netizen yang mendakwa Noor Neelofa kini sedang hamil apabila terlihat 'baby bump' selebriti popular tersebut.

Dakwaan tersebut timbul selepas akaun Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail iaitu @Markaztijaari memuat naik sekeping gambar mereka berdua.

Sekeping gambar terbaru Neelofa berjubah menarik perhatian ramai apabila menampakkan bentuk badan agak berisi seperti wanita yang sudah berbadan dua.

Menerusi foto yang memaparkan bekas pengacara MeleTOP itu disisinya suaminya, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat menerima pujian ramai.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga yang mengatakan penampilan selebriti berusia 32 tahun itu sudah menampakkan 'baby bump', sementelah sudah lebih tiga bulan bergelar isteri.

Komen tersebut turut disambut beberapa peminat lain yang menyifatkan busana jenama berkenaan sesuai untuk dipakai wanita hamil.

Ura-ura pemilik empayar jenama Naelofar itu hamil telah hangat diperkatakan sejak bulan lalu selepas dia meletakkan 'tag' nama suaminya pada bahagian perut dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri lalu.

Sehingga kini, masih tiada sebarang pengesahan atau penafian dikeluarkan daripada pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu mahupun suaminya.

Untuk makluman, Neelofa dan PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan sucinya bersama pengacara Next To Neelofa itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: