26 June 2021

TERIMA TEGURAN - NABILA MOHON MAAF ISU KUCING PIJAK AL-QURAN



"Saya minta maaf puan saya pun tak tahu. Terima kasih atas info. Nanti saya minta maaf dengan Allah atas kesalahan saya dan kucing saya," demikianlah tulis pelakon Nabila Huda berhubung video kucingnya yang dilihat memijak Al-Quran yang sedang dibaca olehnya secara atas talian menerima teguran netizen.

Menerusi video tersebut, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil dilihat lengkap bertelekung sambil ditemani kucingnya yang diberi nama Tora. Kucing tersebut memijak Al-Quran sebelum dia bertindak mengalih haiwan tersebut dari meja berkenaan.

Netizen tampil menasihati Nabila supaya mengalihkan kucing jika berlaku lagi kejadian tersebut serta berharap tidak membiarkan sahaja.

Klik untuk gambar besar



Nabila bagaimanapun dilihat tidak melatah apabila menerima teguran dengan baik dan membalas komen nasihat berkenaan dengan mengatakan bahawa dia tidak tahu dan memohon maaf di atas perkara tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu yang menerima teguran dengan baik dan membalas dengan berhemah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: