16 June 2021

LIMFOMA HAMPIR TAHAP 5 - ELYANA PERLU JALANI RAWATAN RADIOTERAPI 10 HARI, BERAT KINI 35KG



Semua sedia maklum mengenai keadaan penyanyi Elyana dimana dia menghidap kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu. Hujung tahun lalu, Elyana itu memaklumkan kanser tersebut hampir memasuki tahap lima apabila turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya.

Baru-baru ini, menerusi Insta Story Elyana telah berkongsikan perkembangan terbarunya dimana dia sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

Dalam entri tersebut, Elyana memberitahu dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari dan juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.

"Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

Klik untuk gambar besar



"Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak 'chemo'. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada," katanya.

Menerusi video tersebut, bekas peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu turut meminta orang ramai mendoakan agar dirinya segera sembuh dan segala urusan dipermudahkan.

"Semoga semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh," ujar penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: