16 June 2021

TUJU SEDIA BERI KERJASAMA ISU 'ATNM': "RAKAMAN ITU DIBUAT KETIKA DAH BOLEH SEMBAHYANG JEMAAH"



"Shooting untuk program itu sudah berakhirnya sebenarnya... saya baca orang (netizen) naikkan isu yang orang tak boleh pergi masjid apa semua. Tapi rakaman itu sebenarnya memang dibuat ketika orang sudah boleh sembahyang berjemaah pada waktu itu.

"Saya ambil pendekatan berdiam diri sebab memang saya tahu semuanya selamat (sepanjang proses penggambaran dijalankan) dan saya sedia beri kerjasama (jika dipanggil pihak polis)," demikian kata penyanyi rap Tuju berhubung isu All Together Now Malaysia (ATNM).

Terlibat sebagai salah seorang juri ATNM, Tuju yang merupakan anggota kumpulan K- Clique ini berkata, dia sedia memberi kerjasama jika diminta untuk memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan hal itu.

Biarpun menerima kecaman netizen, Tuju menjelaskan proses rakaman itu dijalankan kesemua pihak yang terlibat sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan cukup ketat.

Klik untuk gambar besar



Tuju atau nama sebenarnya, Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 25, berkata, rakaman program itu berlangsung ketika negara berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada awal tahun ini.

Menerusi laporan media sebelum ini, kesemua juri program berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam masa terdekat.

ATNM yang dihoskan oleh Sherry Alhadad terpaksa menghentikan sementara tayangannya selepas pihak polis menerima laporan mendakwa program terbabit melanggar SOP PKPP.

ATNM merupakan program realiti nyanyi terbaharu terbitan Astro Ria yang menyaksikan seramai 50 selebriti tempatan menjadi juri rancangan tersebut. Selain Tuju, barisan juri turut disertai Datuk AC Mizal, Erra Fazira, Siti Nordiana, Noryn Aziz, Aina Abdul dan ramai lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: