24 June 2021

"MANDUL, TAK SOLAT, TAK TUTUP AURAT... JOM AMINKAN P*K****..." - ELIZAD BUAT LAPORAN POLIS



"Di mulakan dgn salam & Bismillahirrahmannirrahim . Pertamanya , jarang2 aku ni melayan komen2 “ bodoh “ mcm ni . Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL , it really hurts me so bad . Kau Allah ke ? Tahu aku ni mandul ke x ? Boleh beranak ke tak ?!! Menggigil , terketar tgn ni . Jantung rasa nak tercabut . Sedih teramat2 sgt ! Kau suke ke kalau tgk aku ni bercerai berai sbb aku belum ade zuriat ?!

"Im crying while i text this caption . Kau tahu ke aku ni solat ke x ? Pernah kerjasama dgn aku ke ? Bersedekah ? Bangun solat malam ? Mengaji , pakai telekung , atas sejadah , segala amalan perlu di upload keee ???!!!

"Lain org lain cara nya . I dont need any stupid attention ! Im happy with my life . Dapat anak ke x ke , itu kerja Allah . Cuma , no one can say that “ MANDUL “ word to me ! . Kau tahu tak ? Aku struggle mcm nak mati nak dpt kan zuriat sendiri ! Hari2 dlm solat menangis2 , mintak pada Allah jgn biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT ! Menangis kecewa sbb takde peneman umur dah mcm ni .

"Aku ni bertahun , berjumpa segala doktor pakar , pergi seluruh pelusuk berubat , cucuk sana sini , SAKIT TAHU TAKKK ???!!! SAKITTT !!! Yang KAU , senang2 PUKIMAK KAN AKU & CAKAP AKU MANDUL !

Klik untuk gambar besar



"Apa aku rasa ? Family aku rasa ? Org yg tahu & nampak je aku bersusah payah berulang alik , tahan sakit nak dapatkan ANAK ! Kau simply boleh ckp aku MANDUL & PUKIMAK ?

"Jarang aku amik port & x maaf kan org . But not this time ! Luluh hati ni , sedih sgt2 ! Tuhan je tahu . I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil . Thank u so much Koperal Farhana & semua anggota polis yg membantu juga Inspektor William Balai Polis Sg Besi .

"Buat Brother yg backing saya dlm video tanpa saya kenali anda , terima kasih byk2 . Juga mereka yg sentiasa menyokong & memberi kata2 semangat buat saya . Hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala kata2 kebaikan anda . Selebih nya , tgu esok utk tindakan selanjutnya . cc : Tuan Lawyer @faiziskandar_



"P/s : ZAIN RASHDAN , kau cuit salah org ," demikianlah tulis pelakon Siti Elizad yang meluahkan rasa kecewa apabila seorang netizen menulis komen biadap menghina dirinya yang masih belum dikurniakan zuriat dengan perkataan mandul.

Bukan hanya setakat itu, individu bernama Zain Rashdan turut memuat naik status biadap meminta orang ramai mendoakan Elizad dikurniakan zuriat meskipun tidak menutup aurat dan solat.

Elizad yang berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya, turut memuat naik komen dan status individu itu serta mengakui menangis apabila dihina dengan kata-kata sedemikian lebih-lebih lagi dituduh mandul.



Pelakon itu dalam masa sama berkata, individu tersebut tidak tahu dia berusaha keras untuk mendapatkan zuriat sendiri dan bertahun-tahun jumpa dengan doktor pakar untuk menimang cahaya mata.

Susulan komen biadap netizen tersebut, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Sharifuddin, memaklumkan dia sudah pun membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Pada November tahun lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: