Penyanyi Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu itu menerusi laman Instagram miliknya sebelum ini telah berkongsikan perkembangan terbarunya dimana dia sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Dalam entri tersebut, Elyana memberitahu dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari dan juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.
Hujung tahun lalu, Elyana itu memaklumkan kanser tersebut hampir memasuki tahap lima apabila turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya iaitu ke rahim, hati dan pangkal peha.
Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu tetap positif dan berusaha untuk kuatkan semangat untuk lebih sihat pada hari-hari yang mendatang
Klik untuk gambar besar
Perkara tersebut mendapat perhatian selebriti popular Noor Neelofa baru-baru ini dimana beliau sebak melihat keadaan terkini Elyana yang berada di hospital untuk menjalani rawatan radioterapi.
"Masya-Allah, saya pula nak menangis tengok video ini. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan. Moga Allah kurniakan kesembuhan untuk awak," tulis Neelofa.
Elyana menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram meluahkan rasa teruja apabila menerima hadiah istimewa iaitu koleksi tudung jenama Naelofar milik Neelofa.
"Saya sangat gembira hari ini. Nak dijadikan cerita saya bawa satu tudung saja ke hospital, tiba-tiba Neelofa bagi saya pelbagai koleksi tudung miliknya.
"Memang rezeki dan sangat bermakna. Terima kasih Neelofa. Saya tak sabar nak lihat koleksi dalam bungkusan ini sambil proses memasukkan susu ke dalam badan," katanya.
Menerusi video yang dikongsikan, Elyana turut memakai koleksi tudung Naelofar dan mengakui selesa memakainya. Walaupun wajahnya kelihatan sedikit pucat, Elyana dilihat kuat dan sempat memberikan ucapan kepada Neelofa.
"Baru habis radioterapi terus dapat hadiah. Alhamdulillah. Semoga Neelofa murah rezeki dan bahagia selalu," ujar bekas peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini.
________________________
No comments:
Post a Comment