17 June 2021

SELAMAT BERSALIN 16 MEI LALU - MIERA LEYANA TIADA NIAT SOROK, DEDAH BILA CUKUP 4 BULAN



"Cukup 4 bulan baru kami akan tunjuk muka bayi, buat masa sekarang biarlah jadi tanda tanya dahulu," demikian kata pelakon Miera Leyana yang memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 16 Mei yang lalu.

Beliau turut berkata bukan niatnya untuk merahsiakan berita gembira ini namun dia hanya ingin fokus kepada proses bersalin itu.

Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama beliau untuk melalui proses bersalin, jadi dia mahu semuanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan hal-hal yang tak diingini.

"Ini pengalaman kali pertama saya untuk bergelar ibu, jadi saya mahu semuanya berjalan lancar dan tidak diganggu dengan hal-hal lain.

Klik untuk gambar besar



"Bukannya tak nak berkongsi tentang berita baik ini tetapi kalau boleh biarlah saya melalui momen-momen itu tanpa media sosial. Saya nak fokus," jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mendedahkan secara terperinci identiti bayi pertamanya itu dan turut menghormati permintaan suaminya yang tidak mahu menunjuk muka anaknya itu sehingga bayi mereka berusia empat bulan.

Katanya dengan teruja, dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana proses melahirkan anak pertama mereka itu berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: