17 June 2021

REBAH SELEPAS SOLAT SUBUH - IBU MENTUA SHIMA ANUAR KOMA 2 MINGGU



"Alhamdulillah, keadaan mak dan semakin baik sikit... mak memang ada penyakit jantung dan dia terjatuh lepas solat Subuh tiga minggu lalu. Dua minggu dia berada dalam keadaan koma dan dipakaikan alat bantuan pernafasan tapi saya kagum dengan semangat ibu yang kuat.

"Lepas tiga minggu baru dia betul-betul beri respons bila orang panggil, walaupun begitu dia masih still on bed, tak boleh bangun lagi," kata pelakon Shima Anuar yang bersyukur kesihatan ibu mentuanya, Saadiah Ishak, 77, bertambah baik selepas dua minggu berada dalam keadaan koma akibat diserang penyakit jantung.

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, sehingga kini ibu mentuanya perlu memakai alat bantuan pernafasan dan sudah mula memberikan respons ketika nama dipanggil.

Klik untuk gambar besar



TOTAL LOCKDOWN MEMBUAT BARANGAN DAPUR DAN BEBERAPA KEPERLUAN RUMAH YANG LAIN MAKIN KURANG? JOM SHOPPING DARI RUMAH SAHAJA TANPA PERLU MERISIKOKAN DIRI KE SUPERMARKET, KEDAI RUNCIT ATAU KE PUSAT MEMBELI BELAH.

LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!

PALING TERKINI DAN PALING LARIS... JUALAN ISTIMEWA, DISKAUN HEBAT BARANGAN DAPUR JENAMA TEFAL YANG TAK MELEKAT SERTA ANTI CALAR.




Menurut Shima, suaminya Mohd Solih Toha kini bertanggungjawab menjaga dan menemani ibunya sepanjang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Damansara

"Suami saya yang menjaga mak di hospital juga perlu melakukan ujian calitan Covid-19 dan Alhamdulillah keputusan dia negatif. Tak boleh ramai-ramai datang ke hospital sebab sekarang semua prosedur dah makin ketat sejak penularan wabak Covid-19," ujarnya lagi.

Untuk makluman, pelakon filem 'Highland Tower' ini pernah disahkan positif Covid-19 pada Januari lalu, walau bagaimanapun dia telah kembali pulih beberapa hari selepas itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: