17 June 2021

DATUK RIZALMAN CETUS TANDA TANYA - PADAM RIBUAN GAMBAR DI IG SELEPAS ISU SALMON



Pereka fesyen terkenal negara, Datuk Rizalman Ibrahim baru-baru ini telah memberikan ikan salmon pemberian peminat kepada kucing peliharaan. Dek kerana posting tersebut, Rizalman telah menerima kecaman ramai yang menganggap tindakannyaitu seolah-olah tidak menghargai usaha orang lain.

Selepas isu berkenaan, terbaru Rizalman nampaknya sekali lagi menarik perhatian ramai apabila beliau bertindak memadam hampir kesemua gambar dalam Instagram peribadinya, @rizalman71.

Perkara itu menimbulkan tanda tanya orang ramai. Hasil tinjauan di platform tersebut, hanya tinggal beberapa perkongsian sahaja. Beliau turut dilihat menegur kelakuan pengikutnya yang keterlaluan.

Menerusi beberapa hantaran yang dibuat di Instagram Story, Rizalman menegur segelintir pengikut setianya yang berkelakuan seolah-olah meratapi kehilangan. Beliau memohon pengikut diam dan menjaga tingkah laku dengan baik.

Klik untuk gambar besar



Bukan setakat itu, paparan pada bahagian bio dalam Instagramnya yang sebelum ini memaklumkan tentang makanan apa yang tidak dimakannya juga telah ditukar: "Di sini bukan lagi panggung," tulis Rizalman.

Berikutan tindakan Rizalman memadam hantaran dalam Instagramnya, ramai pengikut pereka fesyen tersebut tertanya-tanya punca lelaki itu berbuat demikian.

Bagaimanapun, rata-rata berpendapat bahawa pereka fesyen itu mungkin terasa hati dengan netizen apabila dia dihentam teruk baru-baru ini selepas dituduh terlalu 'kayangan' apabila tidak menghargai ikan salmon pemberian peminatnya.



Melihat pada komen yang lain, peminat memohon pereka fesyen ini diberikan ruang untuk fokus kepada diri sendiri tanpa perlu memuaskan hati pengikut. Pengikut juga dinasihatkan supaya tidak terlalu taksub sehingga mengidolakan seseorang melampaui batas sepatutnya.

Terdahulu, Rizalman memberitahu bahawa dia tidak pandai menjadikan ikan mahal sebagai makanannya. Dia cuba menjamu kucingnya dengan ikan salmon berkenaan, namun ditolak mentah-mentah si haiwan peliharaannya.

"Saya dah pesan dah jangan duk bagi benda-benda basah ni. Tak payah. Maaflah cik kak oi, walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia tapi tidak makan ikan salmon. Tak reti nak makan. Ikan curut (sardin) cheq (saya) tahu. Tak apalah, mungkin Faizul dan Umar suka kot," katanya.

Ekoran tindakannya sedemikian, ramai melahirkan rasa kurang senang terhadapnya dan mula ingin memboikot produk-produk keluaran pereka fesyen tersebut.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: