01 June 2021

'SORAYA' NAMA BABY GIRL - AIN EDRUCE KONGSI PENGALAMAN DOKTOR VAKUM KEPALA ANAK



Pelakon dan pengacara Ain Edruce akhirnya telah mendedahkan wajah dan nama cahaya mata pertamanya yang merupakan bayi perempuan itu kepada umum selepas hampir dua minggu bersalin.

Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 30, berkongsikan nama anaknya ringkas, 'Soraya' yang membawa maksud kecantikan menerusi saluran YouTube miliknya pada Selasa.

"Nama anak saya Soraya... sebab nama bapa dia panjang, tiga patah perkataan. Kawan-kawan saya pun dah bertanya nak tengok gambar anak saya, saya kongsikan ini bukan untuk menunjuk atau apa... sekadar ingin berkongsi kegembiraan kami bersama, our little Soraya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video itu juga, Ain berkongsikan pengalamannya yang terpaksa bertarung lebih 26 jam untuk melahirkan buah hati pertamanya itu: "Saya masuk hospital 18 Mei pukul 12.30 tengah malam dan baby selamat bersalin pada 19 Mei pukul 1.30 pagi. Bayangkan berapa lama saya lalui proses itu.

"Doktor terpaksa vakum kepala anak untuk senangkan proses bersalin dah Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kesan vakum pada kepala anak pun dah tiada sekarang," kongsinya.

Untuk makluman, Ain selamat melahirkan Soraya pada 19 Mei lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Selangor. Pelakon drama siri 'Kekasih Paksa Rela' itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz, 28, pada 13 Disember 2019 di Magica Hall, Quill City, Kuala Lumpur.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: