01 June 2021

"TAKKAN NAK KENA SUAP TIGA MEALS SEHARI BARU PUAS HATI?" - MICHAEL ANG 'SOUND' RAKYAT MALAYSIA BANYAK 'BUNYI'



"Apabila kerajaan buat PKP, anda bising cakap tak bagi bantuan. Tapi lepas kerajaan umum bantuan pun nak bising. Tak sampai lima lima minit Perdana Menteri bagi speech... dah macam-macam orang tulis kat Twitter.

"Takkan nak kena suap tiga meals sehari baru puas hati?" itulah kata pengarah dan pelakon, Michael yang tampil menyelar tindakan netizen yang 'bising' di media sosial selepas tidak berpuas hati dengan bantuan PKP 3.0 yang diumumkan kerajaan.

Sikap negatif segelintir rakyat Malaysia terhadap apa jua usaha kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 mengundang rasa tidak senang Michael.

"Apabila kerajaan buat PKP, anda bising cakap tak bagi bantuan. Tapi lepas kerajaan umum bantuan pun nak bising. Tak sampai lima lima minit Perdana Menteri bagi speech... dah macam-macam orang tulis kat Twitter. Takkan nak kena suap tiga meals sehari baru puas hati?" ujarnya.

Klik untuk gambar besar



TOTAL LOCKDOWN MEMBUAT BARANGAN DAPUR MAKIN KURANG? JOM SHOPPING DARI RUMAH TANPA PERLU MEMBAHAYAKAN DIRI KE SUPERMARKET, KEDAI RUNCIT ATAU KE PUSAT MEMBELI BELAH.

LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!


Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM2.1 bilion bagi program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menerusi peruntukan itu, kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 mendapat BPR tambahan RM500 manakala bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM300. Sementara itu, golongan bujang akan menerima BPR sebanyak RM100.

Mengulas lanjut mengenai bantuan berkenaan, Michael secara sarkastik berkata dia mempunyai idea yang lebih baik untuk mengagihkannya kepada rakyat. Ujarnya, kerajaan juga perlu lebih tegas dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok dalam kalangan rakyat.



"Nasib baik aku bukan PM, kalau aku PM pertolongan yang kerajaan bagi hanya untuk orang yang dah divaksin dan daftar pengambilan vaksin sahaja. Saya tak faham tentang orang yang anti vaksin ni. Ia mungkin berlaku kerana pengetahuan mereka tentang vaksin ni terlalu kurang atau tak tahu kepentingan vaksin.

"Selain itu yang dah daftar vaksin tapi tak muncul-muncul, baik bagi orang lain. Kalau korang tak nak bagitau awal-awal, kasihan kepada yang terpaksa tunggu berbulan-bulan tau," tambahnya.

Selain itu Michael turut menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang wabak Covid-19. Katanya rakyat perlu faham kerajaan kini berdepan masalah yang cukup berat dalam memerangi virus tersebut.

"Sekarang ni kerajaan ada dua masalah... pertamanya nak tangani Covid-19 dan satu lagi nak suruh rakyat duduk rumah pun susah. Apabila umum PKP semua nak keluar KL, semua anggap dua minggu yang diberikan ni untuk holiday. Sekarang adalah masa untuk kita bantu diri sendiri dan bantu orang lain, I"s not about you and your family, tapi untuk semua," akhiri Michael.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: