01 June 2021

MASIH MENANTI KEPUTUSAN POLIS - AWIE AKAN LEBIH BERHATI-HATI & TIDAK LAGI BERKOMPROMI



Berhubung dakwaan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis di sebuah hotel di Melaka pada 7 Mei lalu, penyanyi dan pelakon Datuk Awie masih menanti keputusan polis.

Awie berkata, dia sudah memberi kerjasama penuh ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 9 Mei lalu dan kini semuanya masih dalam siasatan. Awie berkata, dia akan lebih berhati-hati selepas ini dan tidak lagi berkompromi dengan rasa simpati.

"Saya dah berikan kerjasama dan buat apa yang pihak berkuasa minta. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati. Kita tolak ke tepi soal kasihan, sedih dan sebagainya. Saya tak sanggup, tapi kalau itu permintaannya kita semua kena pentingkan diri kita dan selamatkan diri kita dulu," katanya.

Terdahulu, satu video klip berdurasi 42 saat memaparkan Awie bersama beberapa individu sedang menyanyi pada majlis berbuka puasa sempena acara Misi Kemanusiaan Datuk Awie Bersama Sayap-Sayap Wings di sebuah hotel di Melaka tular dalam media sosial.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: