01 June 2021

"TIGA TAHUN SAYA BOLEH HADAP KANSER, SETAKAT 14 HARI MESTI BOLEH JUGA" - ENOT POSITIF COVID-19



"Saya disahkan positif selepas menjadi kontak rapat salah seorang kru produksi. Selepas raya, saya ada shooting dan bila dah selesai shooting dapat tahu kru tersebut positif selepas berjangkit dengan abang dia. Tapi masa itu, saya sekadar jalani kuarantin sahaja sebab sebelum shooting dah buat swab test dan keputusan negatif. Tapi hari kedua kuarantin, saya dah mula demam, batuk, cirik-birit dan muntah.

"Tapi saya kuarantin macam biasa dan sepanjang tempoh itu memang keadaan saya teruk. Selepas seminggu, hari Sabtu lalu saya buat swab test dan Ahad dapat keputusan positif. Sejujurnya, masa dapat tahu positif tu memang saya menangis... tipulah kalau tak menangis. Tapi selepas itu, saya tanam dalam fikiran untuk sentiasa positif dengan apa yang dah berlaku.

"Tiga tahun saya boleh hadap kanser, setakat 14 hari mesti saya boleh juga. Sekarang ini, saya duduk bertiga dengan anak dan sepupu. Alhamdulillah, keputusan swab test mereka negatif. Jadi, saya kuarantin saja di bilik seorang diri. Sekarang ini, keadaan saya semakin baik... sebelum ini hilang deria bau, rasa dan batuk tapi sekarang dah deria rasa dah ada balik," demikianlah kata pelakon Enot yang disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat salah seorang kru produksi di sebuah penggambaran drama baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi mengenai perkara itu, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah berkata, dia mengalami simptom seperti demam, batuk, muntah dan cirit-birit selepas dua hari melakukan ujian calitan. Selepas seminggu berada dalam keadaan yang teruk, Enot sekali lagi melakukan ujian calitan pada Sabtu dan disahkan dijangkiti wabak tersebut pada Ahad lalu.

Sebelum ini, pelakon dan pelawak berusia 43 tahun ini berkongsi semula status di Instastory memberi bayangan dia kini sedang sakit dan anggap kesakitan itu merupakan ujian Allah. Dalam pada itu, Enot mengakui dia menangis selepas mengetahui dirinya positif Covid-19 namun terpaksa kuatkan diri memandangkan pernah menempuhi ujian lagi berat ketika berlawan dengan kanser usus pada 2013.

Enot juga meluahkan rasa syukur apabila anaknya iaitu Ariana Qaseh Qistina, 14, dan sepupu yang tinggal bersama tidak dijangkiti Covid-19. Untuk rekod, pelakon drama siri komedi Labuna Labuni ini pernah menghidap kanser usus pada 2013 dan kini sudah bebas daripada penyakit tersebut.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: