21 June 2021

TAK BUANG PEKERJA TAPI POTONG GAJI - MILA JIRIN BERHUTANG DENGAN PIHAK BANK?



"Alhamdulillah, saya bersama suami, Isz Mustapha bersyukur kami masih dapat mengekalkan kesemua pekerja meskipun sukar," itulah kata penyanyi yang juga ahli perniagaan, Mila Jirin, 34.

Bekas juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu ketika dihubungi Harian Metro berkata dia bagaimanapun bersyukur kerana masih mampu mengekalkan kira-kira 100 orang pekerja untuk terus berkhidmat dengan syarikatnya meskipun kini berdepan kemelut kewangan.

Mila mengakui dia terpaksa membuat pemotongan gaji kepada pekerjanya ketika ini bagi memastikan kelangsungan bisnesnya dapat bertahan dan diteruskan.

"Walaupun ada pekerja yang terpaksa kita membuat pemotongan gaji mereka bagi memastikan sama-sama bertahan dalam syarikat. Tapi, hingga kini dengan apa yang berlaku sekarang ia tidak mematahkan semangat kami semua untuk terus berusaha membantu syarikat dan juga membantu pendapatan masing-masing sehingga perancangan pelan pemulihan kerajaan nanti," jelasnya.

Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, dia juga akur apabila kerajaan memaklumkan industri sektor sosial akan mula dibenarkan beroperasi sekitar hujung tahun ini pada November atau Disember.

Klik untuk gambar besar



"Jadi, saya di Bizmilla semestinya kena membuat perancangan teliti untuk menghadapi tempoh dalam beberapa bulan lagi sekitar enam bulan ini bagi kami cuba bertahan sedaya yang mampu. Buat masa sekarang, kita di Bizmilla giat memasarkan produk makanan seperti nasi arab, kek dan pastri termasuk durian Balik Pulau yang diambil terus dari Pulau Pinang kerana sudah musim dan dijual di Puchong, Selangor," ujar Mila.

"Sejujurnya, sekarang saya dan suami bersama pasukan pekerja kami cuba cekal menghadapi dugaan ini, membuat apa saja yang termampu dan apa saja yang Allah hadirkan rezeki tanpa banyak berfikir. Saya yakin dengan hikmah yang Allah sediakan buat kita semua di sebalik dugaan besar Covid-19 ini. Harapan saya, semoga kita akan menang dalam peperangan pandemik ini dan seteruskan mendapat semula kehidupan lalu kita yang dirindui," akhirnya.

Sementara itu, menerusi laporan Hot FM, Mila dikatakan terputus punca pendapatan sehingga beliau terpaksa berhutang dengan pihak bank bagi membayar gaji para pekerjanya. Dalam pada itu, Mila memohon doa supaya pasukan kerjanya terus bertahan dan turut berterima kasih kepada semua pelanggan setia Bizmilla yang tidak putus memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya.


Sewaktu pandemik COVID-19 ini, menjadi peniaga makanan bukanlah perkara mudah lebih-lebih lagi ketika musim total lockdown yang semestinya telah menjejaskan pendapatan ramai orang.

Perkara ini telah dihadapi oleh Mila semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan semenjak awal tahun 2020 lalu. Baginya keputusan untuk berhutang dengan pihak bank merupakan satu keputusan yang paling besar dalam hidupnya tetapi dalam masa yang sama terpaksa dilakukan demi membayar gaji pekerjanya.

Lebih setahun berhadapan situasi penularan Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu, Mila berkata perjuangan kita semua belum selesai. Katanya, semoga kita terus kuat dalam menghadapi perjuangan ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: