13 June 2021

TERJEBAK DADAH SEJAK SEKOLAH, SEMUA JENIS SUDAH - ZAMANI MAHU MOHON MAAF JIKA IBU MASIH HIDUP



"Saya terus terang cakap.. Saya terjerumus dengan dadah sejak di bangku sekolah. Semua dadah daripada yang kurang kuat sampailah yang paling kuat semua saya dah.

"Andai dapat diputarkan waktu, kalau arwah ibu saya masih hidup.. saya mahu memohon maaf, mohon ampun kepada dia kerana telah memalukan nama keluarga. Saya nak cium tapak kaki dia. Saya rosakkan diri saya sendiri. Keluarga saya orang baik-baik. Mak bapak saya tak ajar saya jadi macam ni.

"Mereka dah didik saya dengan baik tapi saya yang tersasar," demikian kata penyanyi kumpulan Slam, Zamani yang mengakui dirinya sudah terjebak dengan dadah sejak sekolah lagi dan penyakit tulang belakangnya itu juga berpunca daripada dadah.

Zamani yang sudah bertahun menderita sakit tulang belakang melengkung atau dikenali sebagai skoliosis itu membuat pendedahan tersebut menerusi satu rancangan temu bual, Rumah No.107.

Klik untuk gambar besar



Menurut Zamani, jika dapat diundurkan masa kembali dia mahu memohon maaf kepada ibunya kerana telah memalukan nama keluarga sedangkan dia telah di didik dengan baik.

Dalam masa sama, Zamani turut bercerita semasa bermulanya kehidupan sebagai seorang artis, dia mengaku dirnya culture shock kerana mempunyai duit sendiri dan menggunakan duit itu untuk menghabiskan masa di kelab malam bersama kawan-kawannya.

Akhir kata, penyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' itu berharap mereka diluar sana menjadikan ceritanya ini sebagai pendoman dan pengajaran kepada orang ramai.

Pada Mac lalu, Zamani memberitahu dia terpaksa menghentikan rawatan kerana masalah kewangan serta lebih selesa bergerak naik skuter tiga roda.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: