13 June 2021

ESMA DANIEL BELUM TERFIKIR SOAL KAHWIN, ENGGAN TERBURU-BURU



Meskipun dua kali berdepan episod kegagalan dalam rumah tangga, pelakon Esma Daniel, 52, enggan terburu-buru untuk mencari teman hidup. Kata Esma, perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, namun dia akan tetap berusaha mencari pasangan hidup yang terbaik.

"Buat masa ini belum terfikir untuk berkahwin lagi. Tapi, kalau tiba-tiba ada bertemu dengan wanita pilihan, barulah ada perancangan ke arah itu. Tambah pula dalam waktu-waktu sukar seperti ini, saya perlukan seseorang yang boleh susah dan senang bersama.

"Tapi untuk mencari pasangan hidup, kita tak boleh terburu-buru kerana benda ini bukan satu perkara yang mudah. Lagipun perkahwinan saya sudah berkali-kali tak berjaya.

Klik untuk gambar besar



"Saya memang ada terfikir untuk mencari pasangan hidup dalam usia sebegini. Saya pun tinggal berseorangan, jadi kadang-kadang agak bahaya. Tak tahu apa yang akan berlaku kepada saya pada masa mendatang," katanya.

Menurut Esma, biarpun tinggal berseorangan di rumah, namun dia sentiasa aktif di media sosial supaya orang disekelilingnya tahu mengenai kehidupan dirinya.


"Saya juga ingin ingatkan kepada orang lain yang tinggal seorang di rumah supaya sentiasa berkongsi keadaan diri dan saling berkomunikasi untuk memastikan diri anda berada dalam keadaan selamat.

"Dalam keadaan negara sedang 'lockdown' ini, kita tak boleh nak agak apa yang orang lain rasai. Mungkin ada yang kemurungan ataupun mempunyai masalah tertentu. Jadi kita perlu sama-sama tawakal dan berserah kepada Allah," ujar Esma.

Untuk makluman, Esma sudah dua kali berdepan kegagalan dalam rumah tangga. Malah, menerusi perkahwinan kedua dengan Nitra Sari pada 2002, Esma dikurniakan enam anak. Sebelum itu, Esma pernah berkongsi hidup dengan pelakon Sherie Merlis dan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: