28 July 2021

"AIR MATA & KOPIAH TU TIDAK BOLEH SELAMATKAN KAMU LAGI DAH" - CAPRICE



"Caprice tidak boleh berdiam lagi dah. Terlalu banyak ugutan diterima... jadi terpulang la. Kita akan explain satu per satu dan pertahankan tuduhan. Fitnah adalah jenayah dalam Islam, lagi teruk daripada membunuh.

"InsyaAllah in the end, you will see and understand why I am hurt and why selama ni satu Malaysia kena tipu. Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah," itulah kata penyanyi Rap, Caprice menerusi perkongsian terbaharu di Instagram pada Rabu.

Caprice meluahkan rasa sakit hati dengan sikap personaliti dakwah Usaz Ebit Lew dan kecaman berpanjangan orang ramai yang akhirnya membuatkannya mengambil tindakan balas.

Klik untuk gambar besar



Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, langkah berdiam diri bukan lagi pilihan terbaik sebaliknya dia kini tampil mempertahan serta menjawab pelbagai tuduhan Ebit yang disifatkan sebagai fitnah.

Menerusi posting yang dilabelkan sebagai 'fitnah 1', Caprice memuat naik rakaman audio penjelasan Ebit baru-baru yang mendakwa penyanyi berkenaan menolak dan menepis ketika mereka sedang bersalaman dan berpelukan selepas mengadakan pertemuan di Mesir.

Bukan itu sahaja, Caprice turut berkongsi tangkap layar mesej perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bertarikh 1 Julai lalu yang antara lain berkaitan pertanyaan kebenaran untuk berkongsi video pertemuan mereka. Tiada apa yang mencurigakan menerusi perbualan berkenaan kerana masing-masing berbalas teks dan emoji dalam suasana kemesraan.



Dalam pada itu, Caprice turut menyentuh tentang isu penafian Ebit berhubung dakwaan Caprice sebelum ini bahawa pendakwah berkenaan terpaksa melutut dan mencium kaki menteri di Palestin.

"Tentang isu melutut... apa dia janji kepada Caprice di hotel dan apa yang berlaku di Gaza buatkan Caprice sakit hati, semua akan dijawab. I am sorry but I cannot take caci dan maki anymore sementara orang-orang kuat susun strategi untuk sembunyi Caprice," ujarnya lagi.

Untuk rekod Caprice dituduh cuba mengada-adakan cerita selepas Ebit membuat penjelasan terbuka berhubung pertemuannya dengan seorang menteri tempatan di sana. Susulan itu difahamkan Caprice menerima kecaman daripada orang ramai kerana didakwa berbohong.



Bagaimanapun menerusi siri pendedahan kali ini, Caprice turut berkongsi mesej yang dihantar kepada Ebit di Instagram pada Sabtu, dipercayai bertarikh 24 Julai iaitu dua hari selepas pendakwah berkenaan membuat kenyataan media.

"Salam ustaz, minta tolong ustaz sendiri jelaskan tentang isu melutut tu. Satu Malaysia dah maki caci Caprice sedangkan ustaz sendiri yang beritahu dalam hotel yang ustaz terpaksa buat muka sedih dan melutut.

"Tak payah beritahu details, hanya bab itu sahaja. Caprice dah tak nak bergaduh, dah tak nak masuk campur," ujarnya seperti yang tertulis pada tangkap layar berkenaan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: