28 July 2021

SYURA MINTA HENTI HAKIMI DIRINYA: "ANDA TAK TAHU APA SAYA LALUI"



"Anda tahu nama saya, tapi bukan kisah saya. Anda pernah mendengar dan lihat apa yang saya pernah buat, tapi tak tahu apa yang saya lalui. Kalau anda berada di tempat saya, anda awal-awal lagi akan kecundang.

"Jadi, tolong berhenti menghakimi saya," demikian ujar penyanyi Syura Badron yang meminta orang ramai tidak terus-menerus menghakimi dirinya kerana mereka tidak tahu apa yang dilalui olehnya.

Syura yang memuat naik kenyataan tersebut menerusi Insta Story itu berkata, orang ramai mungkin mengenalinya tetapi tidak tahu tentang kisah hidupnya serta tidak berada di tempatnya.

Syura turut terpalit dengan kontroversi apabila dia bersama empat individu lain iaitu penyanyi Lan Solo, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin dikatakan menyebut nama penyanyi dan pelakon Siti Nordiana ketika perbualan secara langsung di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar



Dalam perbualan itu, Shiela meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana. Malah, ia menjadi medan untuk mereka meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini membabitkan konflik yang berlaku.

Pada Jumaat lalu, Siti Nordiana membuat laporan polis bersama peguam, Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras terhadap lima individu terbabit yang didakwa memfitnahnya menerusi sesi siaran langsung di Instagram.

Semalam, Siti Nordiana akan meneruskan saman terhadap mereka selepas tidak sebarang permohonan maaf daripada mereka petang semalam. Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan daripada Syura tidak berjaya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: