02 July 2021

AL-FATIHAH - BAPA AYU DAMIT KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan kepada penyanyi dan usahawan Ayu Damit atas pemergian bapanya, Damit Osiri yang meninggal dunia hari ini. Berita duka tersebut dimaklumkan Ayu menerusi laman Instagram miliknya sejam yang lalu.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman keluarga di Sabah pada usia 72 tahun. Ayu memaklumkan perkara tersebut menerusi satu posting terkini di Instagram. Ayu pada masa sama turut menitipkan dedikasi buat arwah bapa tercinta.

"ASSALAMUALAIKUM... DUKACITA NYA AYU MAKLUMKAN BAHAWA BAPA AYU DAMIT BIN OSIRI TELAH MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI DI RUMAH.... Terima kasih pda semua yang selama ini mendoakan bapa ayu...

Klik untuk gambar besar



"Pada hari JUMAAT yang mulia ini bapa telah pergi buat selamanya... Semoga bapa ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman.... amin.

"TERIMA KASIH atas segala jasa mu bapa yang selama ini memelihara dan menyanyangi ku dari kecil hingga kesaat terakhir mu... ayu berharap suatu hari kita akan berjumpa d syurga nnt... amin ya rabbal alamin

Sebelum ini, media melaporkan bapa Ayu pernah dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri. Allahyarham menghidap penyakit kanser otak tahap empat dan dimaklumkan ia sudah merebak ke bahagian paru-paru.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: