02 July 2021

SYAZWAN ZULKIFLY BERSYUKUR BERPELUANG BANTU URUS JENAZAH IBU BEKAS TUNANG



"Hanya empat orang ahli keluarga lelaki dibenarkan menyaksikan proses itu, jadi saya diberi peluang bersama dua adik lelaki bekas tunang serta seorang adik iparnya. Kesian kepada bekas tunang dan seorang adik perempuannya, mereka tak boleh datang dekat. Syukur dapat peluang tu, saya diminta pakai PPE (pakaian perlindungan diri).

"Saya tolong buat video call je, itu saja yang saya boleh bantu," kata pelakon Syazwan Zulkifly apabila diberi peluang membantu menguruskan perjalanan terakhir ibu kepada bekas tunangnya yang disifatkan sebagai rezeki yang tidak pernah disangka-sangka baginya.

Menurut Syazwan, 34, walaupun sekadar membantu membuat panggilan video ketika proses pengebumian berlangsung ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada ahli keluarga arwah yang tidak dibenarkan menghampiri liang lahad.

Terdahulu Syazwan berkongsi foto dia memakai PPE di sebuah tanah perkuburan di Lembah Klang bagi menguruskan jenazah ibu bekas tunangnya, Nur Fadiah Uteh yang meninggal dunia selepas sembilan hari bertarung nyawa melawan Covid-19. Namun tambah Syazwan mereka sedikit ralat apabila tidak berpeluang untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Klik untuk gambar besar



"Saya ingatkan sebelum nak dikebumikan tu mereka akan buka sekejap untuk ahli keluarga tengok wajah. Tapi tak sangka pula tidak dibenarkan kerana mengikut SOP, kasihan anak-anak arwah tak dapat tengok untuk kali terakhir," ujarnya.

Cerita pelakon '7 Hari Mencintaiku' ini lagi, walaupun kisah cintanya dengan bekas tunang, Syawariah Zulkifli sudah berakhir namun hubungan mereka masih baik sebagai kawan.

"Saya masih berkawan baik dengan dia dan keluarganya juga. Ibu dia pun saya anggap macam ibu sendiri. Waktu di hospital pun saya ada bersama bekas tunang dan adik beradiknya yang lain," jelasnya.

Untuk rekod, Syazwan dan Syawariah yang juga seorang pramugari mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019 selepas 10 tahun saling mengenali. Bagaimanapun kisah percintaan itu terhenti di tengah jalan apabila mereka berpisah pada 31 Mac 2020.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: