02 July 2021

ISTERI DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL, ANAK MASIH DI WAD - FITRI HARIS MOHON DOA



"Alhamdulillah setelah hampir seminggu isteri @el_mrsfitri dah discharge dari hospital. Terima kasih kepada yang mendoakan. Cuma baby masih warded pohon doa dari semua.. Inshaa Allah semuanya baik2 sahaja dengan kepakaran dan keprihatinan staff nurses @annurspecialisthospital..

"OnG level 5 nurses.. terima kasih jaga isteri saya dan kandungan selama berada di hospital.. May Allah bless your family and your life.. amin," tulis penyanyi Dr Fitri Haris di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Fitri memaklumkan isteri yang juga pengurusnya, Fazilah Omar telah pun dibenarkan keluar hospital setelah hampir seminggu melahirkan anak. Dalam masa sama, Fitri turut memohon orang ramai mendoakan anak lelakinya yang masih berada di wad hospital.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Fazilah meluahkan rasa terharu dengan kejutan yang dibuat suaminya itu bagi menyambut kepulangannya dari hospital: "Terima kasih suamiku @fitriharisofficial yang sanggup plan kejutan tak sangka sangat sebab en suami ni memang sukar di budget sikit... once again terima kasih, terharu sangat. I love u till jannah @fitriharisofficial," katanya.

Bekas anggota UNIC ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Fazilah pada Disember 2019. Fitri pernah tiga kali menduda dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Sofea Soleha, 16, yang menetap di Singapura bersama bekas isterinya. Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam, 10 tahun.

















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: