02 July 2021

UNTUK BANTU MASYARAKAT - BRONT PALARAE KATA TAK PERLU JAM ROLEX, KERETA VELLFIRE, ROMBONGAN



"Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Nak berkhidmat ni tak perlukan jam Hublot/Rolex, kereta Vellfire, rumah agam & rombongan/konvoi motor ramai-ramai.

"Asalkan ada kehendak, ada daya fikir, daya usaha, Insya-Allah ada jalan," itulah ujar pelakon hebat, Bront Palarae yang berpendapat bahawa untuk menjadi seorang wakil rakyat sekarang ini tidak perlu pun memakai barangan mewah bagi membantu masyarakat di dalam kesusahan atas permasalahan pandemik COVID-19 yang melanda di negara ketika ini.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin membalas satu ciapan YB Syed Saddiq di akaun Twitter dimana dia menyatakan jika seseorang itu benar-benar ingin membantu maka dia akan membantu tanpa sebarang alasan.

Klik untuk gambar besar



Melihat di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata bersetuju dan menyokong dengan pendapat yang diberikan oleh Bront mengenai hal tersebut.

Dalam perkembangan yang lain, Bront kini muncul dengan filem terbaru arahan Woo Ming Jin bertajuk 'Zombitopia' yang akan disiarkan di Disney+ Hotstar.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: