02 July 2021

TAK MAHU ANAK LALUI SITUASI KELUARGA BERPISAH - NABILA BERUSAHA BERI KASIH SAYANG SEPENUHNYA



"Biasalah, bila kita cerita fasal anak ni... kita akan rasa tersentuh sikit sebab nak membesarkan anak kita dan pada masa yang sama kita juga hadapi dengan macam-macam kejadian yang berlaku. Misalnya penceraian dan sebagainya. Sebab kita tahu dia pun akan melalui nasib yang sama.

"Jadi saya berusaha sebaik mungkin bagi dia kasih sayang yang sepenuhnya. Supaya dia tak perlu rasa dan lalui sebagai seorang kanak-kanak yang mengalami situasi keluarga yang berpisah ini. Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sebab Keisha membesar dengan gembira dan ceria," demikian kata pelakon dan pengacara, Nabila Huda.

Tidak menafikan Keisha Laila menunjukkan minat dalam dunia lakonan dan sebagai ibu, Nabila berkata dia tidak pernah cuba untuk menghalang minat serta kecenderungan anak perempuannya itu.

Bagaimanapun, kata Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil, dia mahu memastikan permata hatinya itu menikmati sepenuhnya momen awal remajanya terlebih dahulu sebelum mempunyai komitmen lain.

Klik untuk gambar besar



Pada masa sama, Nabila memberitahu dia berusaha sebaik mungkin untuk memberikan kasih sayang kepada Keisha meski anaknya terpaksa membesar dalam situasi perceraian keluarga sebelum ini. Anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu turut mendedahkan, dia masih punyai hubungan yang baik dengan bekas suami demi anak.

"Biasalah, bila kita cerita fasal anak ni... kita akan rasa tersentuh sikit sebab nak membesarkan anak kita dan pada masa yang sama kita juga hadapi dengan macam-macam kejadian yang berlaku.

"Misalnya penceraian dan sebagainya. Sebab kita tahu dia pun akan melalui nasib yang sama. Jadi saya berusaha sebaik mungkin bagi dia kasih sayang yang sepenuhnya. Supaya dia tak perlu rasa dan lalui sebagai seorang kanak-kanak yang mengalami situasi keluarga yang berpisah ini. Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sebab Keisha membesar dengan gembira dan ceria," ujarnya.

Untuk makluman, Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 11. Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: