01 July 2021

TEMBOK PAGAR RUMAH ROBOH DILANGGAR PEMABUK - AZAD JASMIN BUAT LAPORAN POLIS



Ingatkan nak hujan, rupanya tembok pagar roboh... demikian cerita pelakon Azad Jasmin mengenai binaan tembok pagar rumahnya yang roboh dek dilanggar oleh pemandu mabuk dan tidak bertanggungjawab.

Tindakan si pemabuk itu telah membuatkan suami kepada pelakon Eira Syazira itu meluahkan rasa berang. Azad ketika dihubungi media berkata, dia menyedari perkara tersebut ketika menonton televisyen di ruang tamu kira-kira pukul 2 pagi tadi.

"Ketika saya tengah menonton televisyen saya terdengar bunyi kuat seperti pasir yang dicurah ke tanah di luar rumah. Saya ingatkan nak hujan jadi saya buat tak tahu saja. Pagi tadi saya bangun macam biasa dan ternampak pengawal keselamatan berdiri depan rumah.

Klik untuk gambar besar



"Dia bawa saya pergi cari seorang lelaki berbangsa Cina yang bertanggungjawab menyebabkan kerosakan tersebut. Saya nampak Individu tersebut dan dia cuba lari apabila ternampak saya. Dan ketika itu dia masih lagi dalam keadaan 'hang over'. Nasib baik periuk isteri saya tak 'hinggap' kat kepala dia," katanya.

Azad bagaimanapun memberitahu yang dia sudah mengambil tindakan terhadap pelaku tersebut dengan membuat laporan polis.

"Saya sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Puchong Jaya kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar SOP serta cabaran lari daripada kesalahan dilakukan.


"Macam mana boleh berada di luar rumah selepas waktu yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan? Mabuk pula tu!" luahnya kesal.

Sebelum ini, isteri Azad telah berkongsi video reaksi suaminya yang 'naik hantu' selepas melihat tembok pagar mereka roboh, menerusi laman Instagram. Aksi spontan Azad yang meluru ke dapur dan mencapai kuali seolah-olah mahu menyerang individu mabuk tersebut mencuit hati netizen.

"Tak pasal-pasal ramai pulak yang order kuali macam bini saya pakai tu hari ini," ujarnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: