Menerusi muat naik di laman Instagram, anggota kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 32, telah berkongsi berita duka dimana dia telah kehilangan nenek tersayang dua hari lalu.
"Mak (opah) yang sangat kami sayangi. Orang yang sangat baik hati. Semoga Allah redha Mak ke syurga atas kesabaran Mak. Kami sayang Mak sangat. Rehat lah Mak di taman syurga dengan tenang dan aman bahagia. Semoga kita disatukan semula di syurga sana. Al-Fatihah buat Mak (opah) tercinta. #Opah #220721," tulisnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Cik Manggis bersama beberapa rakan industri. Rata-rata mereka mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan Allahyarham di alam sana.
Salam takziah kami ucapkan dan semoga nenek Cik Manggis ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment