24 July 2021

ATU ZERO TAK KECIL HATI BILA DIKRITIK SERING BUAT LAWAK BODOH



"Ada cakap lawak saya lawak bodoh, ada yang bandingkan dengan dulu lagi best, tidak apa laaa semua ada hak masing2 untuk menilai.. Saya halalkan saya maafkan. Saya cuma mencari rezeki bukan mencari perhatian orang. Maafkan saya. Biarlah bini saya saja yang terima lawak saya.

"Terima kasih jugak kepada yang support saya selama ini," ujar pelawak terkenal, Atu Zero yang memberitahu bahawa dia sama sekali tidak berkecil hati atau terasa apabila ada sesetengah individu yang mengkritik mengenai cara penyampaian lawaknya di kaca televisyen.

Atu meluahkan rasa tersebut menerusi sebuah hantaran di laman Instagram untuk perkongsian bersama peminat dan juga pengikut media sosialnya. Katanya lagi, masing-masing mempunyai hak untuk memberi pandangan mereka terutama kepada para penghibur. Jelas Atu, niatnya berada dalam dunia seni hiburan adalah untuk mencari rezeki dan bukanlah semata-mata menagih perhatian orang.

Klik untuk gambar besar



Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil memberi kata-kata semangat dan menyatakan sokongan penuh kepada pelawak yang berasal daripada Sabah itu.

Untuk makluman, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif menganggotai kumpulan Zero bersama-sama dua abangnya iaitu Syaiful dan Syarif.

Kumpulan Zero mula mendapat perhatian setelah menyertai program realiti TV lawak terbitan Astro iaitu Raja Lawak musim ke-6 pada tahun 2012 yang lalu dan meraih gelaran naib juara.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: