24 July 2021

ELVINA TRAUMA LELAKI MUNCUL IG LIVE TUNJUK 'ANU'



Malam tadi, pelakon Datin Elvina Mohamad, 26, telah melepas rindu bersama rakan-rakannya menerusi siaran langsung Instagram (IG). Namun kegembiraan Elvina nampaknya bertukar mimpi ngeri selepas seorang pengikut lelaki 'terlepas' masuk sebelum menunjukkan kemaluannya dalam sesi itu.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad berkata, insiden itu berlaku selepas rakannya tersilap menerima masuk individu terbabit ke dalam perbualan mereka.

"Pada yg tanya apa yang terjadi tadi, so cerita dia mcm ni, one of my friends ajak El live, saja nak lepas rindu sebab dah lama tak jumpa.. Maklum la kan during pandemic ni, social media tempat kita nak lepas rindu, stay connected with everyone.. Unfortunately for us, lain pulak yg jadinya!

"One of our friends comment minta nak join live jadi Zawa pun accept request dari dia. Tak sangka yg masuk adalah org lain, individu yang tak bertanggungjawab yang hack live kami dengan menunjuk kan A** dia!!" katanya.

Klik untuk gambar besar



Elvina berkata, dia masuh terkejut dengan apa yang berlaku dan menasihatkan sesiapa yang membuat sesi siaran langsung di media sosial supaya berhati-hati.

Selain menyarankan semua berhati-hati, pelakon drama 'Takdir Yang Tertulis' itu turut berpesan supaya individu terbabit hentikan perbuatan sebegitu.

"Ya Allah masih terkejut dengan apa yang terjadi tadi. Jadi kepada sesiapa yang rajin buat live lately ni please beware and becareful, sbb El dpt info ini bukan kali pertama individu tersebut hack live orang..


"*Kepada individu yang tak bertanggungjawab tersebut, social media ni bukan tempat utk melepaskan nafsu ya, please la stop buat benda tak senonoh tu!! Engkauuu dah kenapa!! Dah gila S** sangat ke pun!! Geram pulak kita!!" ujarnya.

Menerusi video sewaktu insiden yang dikongsi Elvina, dia bersama dua rakannya rancak berborak sebelum menerima masuk seorang individu. Sebaik pengikut itu menunjukkan kemaluannya, mereka jelas terkejut besar sebelum tamatkan sesi 'live' terbabit.

"Ok lah El nak tenangkan diri jap yang masih terkejut ni. Nak pergi sanitize mata dengan Dettol. Sebab dah tertengok *** yang ***** tadi! Adoiii laaa! Nightmare & TRAUMA!!

"P.s, kalau korang perasan expression El dengan Bella lambat sbb connection slow. Yang kelakar dua-dua muka excited ingat kan our friend skli APOOO!! #LiveGoneWrong #VideoRecordedByOneOfMyFollowers," tulisnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: