24 July 2021

"SAYA MAAFKAN SEMUA... CUKUPLAH SAMPAI SINI YER" - USTAZ EBIT LEW MOHON MAAF



"Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi,bodoh, penunggang, dan lain-lain. Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya,bidadari saya, dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah.

"Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ye pada semua.

"Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah covid ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita semua.

"Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.

Klik untuk gambar besar



"Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya yer. Cukuplah sampai sini yer. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya," demikianlah kata pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Selepas beberapa hari hangat diperkatakan mengenai pelbagai tohmahan dilemparkan mengenai misi kemanusiaan di Gaza, kelmarin Ebit Lew mengadakan sesi live menjawab segala tuduhan terhadapnya.

Tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan, menerusi satu perkongsian terbaru Ebit Lew, beliau memaafkan semua pihak yang memfitnah dirinya serta menyakiti keluarga dan arwah bapanya.

Menerusi perkongsian itu, Ebit Lew turut memohon maaf kepada semua pihak baik secara langsung atau tidak langsung. Enggan memanjagkan permasalahan tersebut, Ebit berkata tiada siapa yang beruntung jika perselisihan faham itu diteruskan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: