24 July 2021

PU SYED TEGUR NETIZEN TAK BOLEH JADI HAKIM & JANGAN TAASUD ISU EBIT LEW & CAPRICE



"Isu UEL (Ustaz Ebit Lew), Us Nadir, Us Salman, Caprise, Bro Firdaus Wong. Kita serah pada mereka utk selesaikan.. netizen tak boleh jadi hakim dan jangan taasub kepada siapa sahaja.

"Ambe tak nak ulas kerana ianya bukan menyelesaikan isu, tapi boleh menambah parah umat ini dgn isu-isu seperti ini, dan ditambah lagi netizen akan tetap mahu menjadi hakim dek kerana emosi dan merasa pihak yg dia suka itu betul..

"Dan yang tak mereka sukai itu salah," tulis Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri yang meminta agar isu kemelut antara pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice mengenai misi bantuan ke Gaza, dapat diselesaikan dengan baik.

Klik untuk gambar besar



PU Syed yang meminta agar isu tersebut diselesaikan dengan baik. Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed turut menegur netizen supaya tidak menjadi hakim serta taksub kepada sesiapa sahaja di antara mereka.

Kata PU Syed atau penuhnya Syed Mohd Bakri lagi, dia tiada niat untuk mengulas mengenai isu tersebut kerana bimbang menambah parah lagi dengan apa yang berlaku.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: