13 July 2021

"ALHAMDULILLAH, ADA JUGA HAMBA ALLAH FAHAM... TAK MAHU JANGAN PAKSA" - RITA



Nama pelakon Rita Rudaini sejak semalam hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi lagi apabila berpendapat warga emas tidak sepatutnya dipaksa mengambil vaksin Covid-19.

Seperti sudah dijangka, kenyataannya itu dikecam teruk oleh netizen. Bagaimanapun, Rita ada memuat naik paparan skrin ada yang bersetuju dengan pendapatnya itu tidak perlu paksa orang tua yang tidak mahu divaksin.

Terbaru, Rita menerusi perkongsian di Insta Story telah meluahkan rasa syukur apabila ada pihak yang memahami kenyataannya itu. Katanya lagi, jika sukarela tidak mengapa tetapi jangan dipaksa mereka yang tidak mahu divaksin.

"Alhamdulillah, ada juga hamba Allah yang faham penulisan semalam, yang tak mahu jangan paksa. Yang sukarela tu tak apa la. Kata sayang orang tua," katanya.

Dalam posting tersebut, Rita turut meletakkan tanda pagar mengatakan dia bukan anti vaksin tetapi dia tidak mahu divaksin kerana vaksin yang digunakan masih 'under trial'.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, dalam satu lagi perkongsian Rita turut memuat naik gambar pelajar yang sebelum ini pernah tular selepas dihalang untuk mengambil peperiksaan kerana tidak mahu mendapatkan vaksin.

Rita berkata ramai doktor pakar di luar negara menolak vaksin kerana belum tahu kesan dan kesahihan vaksin berkenaan. Malah, Rita menyifatkan pelajar itu sebenarnya seorang pejuang dan mendoakan agar suatu hari nanti akan menjadi doktor yang hebat.

Sementara itu, Rita juga turut menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instagramnya yang bertanya adakah dia seorang anti vaksin.

"Kalau tolak vaksin tu digelar anti vaksin la? Anti vaksin ini untuk orang yang taknak dan tolak vaksin daripada kecil. Itu baru boleh kata, dia anti vaksin," ujar Rita.

Dihujani kecaman demi kecaman di akaun Instagramnya selepas berkongsi pendapat bahawa golongan yang enggan menerima suntikan vaksin tidak semestinya, mereka harus digelar antivaksin memandang keputusan itu adalah hak masing-masing.


Tidak melatah dengan pendirian yang dibuat, Rita bagaimanapun cuba menjawab setiap soalan mahu pun kecaman yang diberikan dengan tenang termasuk perkongsiannya mengenai hak dan keterbukaan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Rita lagi, dia juga tidak pernah menghasut sesiapa untuk tidak mengambil vaksin.

"Terpulang, hak masing-masing. Macam orang yang dah vaksin buat hantaran, orang yang masih tolak vaksin tiada pula nak suruh jangan muat naik apa-apa.

"Kita positif.. hak masing-masing. Kawan saya pun ramai dah ambil vaksin, tapi kami tak bermusuh. Tidak maki hamun sesama sendiri kerana itu hak masing-masing. Tiada nak puak-puak atau tiba-tiba tak nak kawan atau kutuk. Nak tegur boleh, tapi bukan menghina. Cara sebegini tidak sihat.

"Saya nak buat apa-apa hantaran itu, adalah hak peribadi. Saya rasa video-video yang boleh bagi semangat dan info untuk saya, jadi saya kongsikan. Posting (hantaran) menghasut? Ada kapsyen saya hasut ' woi jangan vaksin' tiada kan.

"Kalau tak suka tengok hantaran yang dimuat naik, janganlah tengok. Orang yang tak nak vaksin ini, memang kena tutup mulut dan diamkan diri? Kenapa saya kena ikut cakap orang," kata Rita menjawab komen pengikutnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: