13 July 2021

LAPOR POLIS - INDIVIDU DAKWA SUHAIMI SAAD PERSENDA BAPANYA: "ALLAH BAYAR CASH..."



"Dia dah mati. Alhamdulillah. Allah bayar cash (tunai). Kalau Allah bayar cara hutang lagi berat," itulah tulis bekas penyanyi Nasyid, Suhaimi Saad apabila dia sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dia didakwa telah mempersendakan kematian seorang individu yang meninggal dunia semasa pandemik.

Kesan daripada itu, keluarga Allahyarham itu bertindak membuat laporan polis, semalam. Hal itu disebabkan oleh hantaran yang dibuat Suhaimi di laman Facebooknya yang membalas status tentang kematian Arwah. Selebriti itu dilihat menghina Allahyarham Datuk Zulkefli Nordin selain turut meluahkan rasa syukur atas pemergian individu berkenaan pada 13 Jun lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Amalina Farhana iaitu anak kepada Allahyarham Datuk Zulkefli Nordin yang turut mendedahkan beberapa individu termasuk Suhaimi telah memfitnah ayahnya meninggal dunia disebabkan suntikan vaksin.

Klik untuk gambar besar



"Yang meninggal tu ayah saya, arwah baru meninggal semalam (kelmarin). Tindakan susuan telahpun dibuat kepada pemfitnah. Mohon laporkan kalau jumpa," kata individu terbabit.

Tulisan Suhaimi itu nyata mengundang kecaman ramai selain ada yang turut menyifatkan tindakannya itu sebagai biadap dan tidak sensitif terhadap kematian Allahyarham.

Bagaimanapun, Suhaimi dilihat telah membalas status berkenaan mengatakan sudah pun memadam status berkaitan Allahyarham, tetapi menyerahkan kepada pihak keluarganya andai ingin meneruskan tindakan lanjut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: