05 July 2021

"AWAK PERNAH CURANG, SAYA TAK PERNAH" - BALAS ISSEY BILA SHUK USIK STATUS 'DUDA'



Semua sedia maklum mengenai isu yang melanda pelawak dan pengacara Shuk Sahar ketika ini yang kini sedang sangat diperkatakan berhubung isu curang.

Bagi siapa yang menonton episod lapan musim keempat 'I Can See Your Voice Malaysia' yang bersiaran semalam, pasti tahu mengenai usikan Shuk terhadap salah seorang penyiasat jemputan program tersebut iaitu Issey Fazlisham.

Episod kali ini menjemput kumpulan R&B popular, Ruffedge sebagai artis jemputan bagi mencari siapakah penyanyi sebenar dalam kalangan 6 penyanyi misteri.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah usikan Shuk mengenai status perkahwinannya sehingga viral di TikTok. Shuk secara berseloroh memberitahu Issey sudah membuat perubahan daripada musim lalu bergelar duda sehingga musim terkini sudah berkahwin.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, respon 'padu' Issey mengenai kisah kecurangan Shuk membuatkan pengacara itu terkedu.

"Lagi satu? Awak pernah curang, saya tak pernah," balas Issey setepek.

Terkejut mendengar jawapan balas tersebut, Shuk hanya mampu tersenyum diiringi gelak tawa tetamu yang lain.



Di ruangan, rata-rata daripada netizen terhibur dan menyifatkan Shuk 'bergurau' dengan orang yang salah. Ada juga berpendapat Shuk layak mendapat respon sebegitu memandangkan dia terlebih dahulu mengusik Issey.

Bukan itu sahaja, Issey juga membalas Shuk dengan isu penyampai radio: "Shuk, kau tak boleh lawan aku. Ada saru perbezaan kita. Saya ada radio, kau dah takde".

Seperti musim sebelum ini, artis undangan dibantu panel penyiasat iaitu Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey. Selain Issey, Datin Seri Umie Aida turut hadir sebagai penyiasat jemputan.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: