05 July 2021

PERNAH POSITIF COVID-19 - PUTERI SARAH SELAMAT TERIMA SUNTIKAN VAKSIN SINOVAC



"Ada tak orang yang excited kena vaccine macam I . 38 days after positive. So today I dapat Sinovac vaccine. Yeaaayyy nak share dengan semuaaa," tulis pelakon Puteri Sarah Liyana apabila dia yang sebelum ini pernah disahkan positif Covid-19 itu kini telah selamat menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 jenis Sinovac.

Menerusi laman Instagram, Sarah ada berkongsi momen ketika menerima suntikan vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor.

Di samping menzahirkan rasa teruja, Sarah turut rasa syukur apabila kerana telah menerima suntikan vaksin Covid-19 memandangkan sebelum ini dia pernah disahkan positif wabak berkenaan.

"Ada berita baik dari KKM, whoever yang pernah Positive covid dan selepas 14 hari, takda symptoms, sihat, boleh vaccine!!!!!! katanya lagi.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini menyarankan kepada orang ramai untuk segera menyemak status penerimaan suntikan vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahytera agar tidak terlepas tarikh penerimaan suntikan vaksin.

"So apelagi guys. Cepat, cepat update your My Sejahtera and check ok, kot2 dah dapat date Lindung Diri, Lindung Semua Facemasak @amiraaothman," ujarnya.

Untuk makluman, isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu juga turut menjadi sukarelawan sebagai petugas di PPV tersebut. Sebelum ini, ibu kepada sepasang cahaya mata ini pernah disahkan positif Covid-19 pada 19 Mei yang lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: