05 July 2021

ELYANA KINI GENAP USIA 34: "DOA SAYA & KELUARGA SIHAT, PANJANG UMUR..."



Hari ini penyanyi dan pelakon Elyana telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun. Elyana menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik status memohon doa untuk diri dan keluarganya.

"5 july 2021. Hari lahir saya yang ke 34 tahun. Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik,panjang umur, di perluaskan pintu rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin Ya Rabbalalamin," tulisnya.

Menerusi entri kongsikan itu, Elyana berdoa agar dia dan keluarga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta dilimpahkan rezeki.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Elyana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar penyanyi itu cepat sembuh serta diberikan kesihatan yang baik.

Terdahulu, Elyana memaklumkan dia perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Katanya lagi, dia juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: