05 July 2021

"INILAH ANAK LELAKI PERTAMA BONDA..." - YATT HAMZAH SELAMAT BERSALIN ANAK KEENAM



"Jam 11 mlm semalam hampir2 masuk ke OT utk dibedah (caesarean), dengan kuasa YG MAHA BESAR, pada saat2 akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad. Pengalaman yg LUAR BIASA.. HEBATNYA KUASA DOA.. ALLAHUAKBAR!

"Alhamdulillah Bonda (Yatt Hamzah) ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak LELAKI PERTAMA Bonda.. satu2nya anak LELAKI. Terima kasih semua keluarga, sahabat2 dan followers Bonda yg baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yg tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini..

"Paling utama doa suami @zulfadhli_khiruddin. Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni pd jam 11.16 mlm ini. Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah.. Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yg Soleh, Pejuang Agama.

Klik untuk gambar besar



"In shaa Allah nanti Bonda akan share perjalanan di Labour Room dan betapa besarnya KUASA DOA. Tapi sekarang Bonda dan baby nak rehat dulu ya.. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR..," demikianlah tulis pelakon Yatt Hamzah yang memaklumkan dia telah pun selamat melahirkan anak keenamnya yang merupakan bayi lelaki pada Sabtu lalu (3 Julai 2021) kira-kira jam 11.16 malam.

Berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram, Yatt meluahkan rasa syukur dapat bersalin secara normal dan dikurniakan anak lelaki pertama. Yatt dalam masa sama turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan diri dan anaknya.



Untuk makluman, Yatt dan suaminya, Zulfadhli Khiruddin mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha kini berusia setahun.

Yatt pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan dua bulan anak kelima. Yatt bagaimanapun telah membuat keputusan untuk tetap memberikan nama buat anaknya itu yang tidak sempat lahir ke dunia dengan nama 'Muhammad Abdullah'.

Terdahulu, Yatt pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malika yang kini berusia 9 tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: