05 July 2021

INDIVIDU DAKWA DURIAN ISI NIPIS, HARGA 'YAHUDI' - INI PERCERAHAN 'PADU' MILA



Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin telah memuat naik screenshot Direct Message (DM) yang diterima daripada seorang individu dipercayai pelanggannya berhubung durian.

Individu tersebut mendakwa Mila menjual durian dengan harga 'yahudi' namun isi yang diperolehi nipis sahaja. Mila tampil bertanggungjawab dengan memberi pencerahan tentang isu tersebut.

Antara KENANGAN yang tak akan dilupakan. Meh sini saya nak CERITA. Sedikit pencerahan. Sahabat sekalian, tak dinafikan dalam 8 Tan lebih durian yang diambil dari beberapa kebun, bukan 100% semua isinya BAGUS. Sebab itu, tahun ini kami jual SIAP KOPEK bagi melihat isinya dahulu sebelum hantar.

"Dalam menjaga dan berhati hati packing pun tetap ada masalah. Ada juga beberapa kes Durian rosak (dalam perjalanan dalam Delivery Box yang agak panas) - tapi Alhamdulillah, kami REPLACE NEW DURIAN sekiranya ada Kerosakkan demi kepuasan pelanggan. Boleh saya simpulkan +- arround 3 to 5% case yang tak dapat dielakkan.

Klik untuk gambar besar



"Cuma yang saya rasa tersentuh dan tercalar dihati bila DI-YAHUDI kan dek kerana "JUAL DURIAN MAHAL". Kebun di Balik Pulau itu BUKAN KEBUN SAYA. Saya pun hanya tumpang berniaga sahaja. Kos Beli durian sahaja mencecah RM133 RIBU ringgit dengan purata keuntungan lebih kurang 7% sahaja. Dimana YAHUDI nya???

"Saya jual durian ini - dahulu kan modal beli buah durian untuk sama sama bantu bawa durian di Balik Pulau dan bawa ke kota ni buat mereka yang rindukan durian Balik Pulau. Macam mana saya nak jual MURAH jika saya beli dengan kebun pun dah mahal?? Sebiji Durian dari kebun ditimbang KILO dengan KULIT. 1 BIJI DURIAN sometimes nak dapat 500gram Isi Durian pun SANGAT SUSAH. Belum lagi case, buka durian hanya ada 4 ulas atau pun buka durian - ulat menari nari didalamnya...

"Semua itu kehendak yang Maha Esa. Buah Durian bukan saya yang cipta. Mana saya nak tau ISI NYA BETUL2 TEBAL atau TIDAK. Saya pun tak boleh PICIT durian tersebut. Mana saya boleh SCAN Bijinya KECIL atau BESAR.. Sebab kejadianya setiap durian itu BERBEZA BEZA. Tujuan saya up posting ini untuk saya JELASKAN. Jangan MENG-YAHUDI-KAN peniaga yang jual durian. Untungnya tidak lah besar mana. RISIKO besar. Buah durian bukan tahan lama, bila dah merekah kulitnya - jawapnya ke kitchen lah untuk dibuat Bubur



"Terdetik dihati saya" Semua Pekebun buah, nak yang terbaik dihasilkan dari kebun beliau, Peniaga Buah mesti nak beli buah terbaik buat pelanggan mereka, tetapi bila sebaliknya, semua diluar kuasa kita kerana yang menciptakan buah itu siapa?? Bukanlah Pekebun mahupun Peniaga," tulis Mila.

Menjengah ke ruangan komen, bekas juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu berkata dia sudah meminta nombor akaun bank untuk membayar ganti rugi pembeli tersebut. Dia terpaksa membuat pencerahan di posting Instagram menjelaskan mengenai harga yahudi yang menjadi persoalan segelintir pembeli kepada peniaga durian.

Mila sebelum ini mengakui terpaksa mengambil inisiatif menjual durian demi menampung perbelanjaan syarikat yang terjejas akibat wabak Covid-19 sejak tahun lalu. Turut berkongsi rezeki dengan pekebun dan rider, Mila berkata tahun ini dia sudah membawa lebih 8 tan durian Balik Pulau ke Puchong, Selangor untuk dijual kepada penduduk setempat.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: