03 July 2021

BANTU ORANG SUSAH - ELIZABETH TAN SUMBANG SEPARUH PENDAPATANNYA



"Saya nak cuba membantu sesiapa yang memerlukan. Jadi saya ambil keputusan untuk sumbang 50 peratus daripada pendapatan bulan ini bagi membantu anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hantar mesej peribadi (DM) di akaun Instagram beserta nombor akaun bank anda," kata penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam video yang dimuat naik itu, Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy, bakal menyumbang 50 peratus daripada pendapatan bulan ini untuk membantu golongan memerlukan dan terkesan sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Lizzy berkata, dia meminta mana-mana pihak yang terjejas dan benar-benar memerlukan supaya menghubunginya melalui DM. Menurut Lizzy, dia bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapat membantu semua orang.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Elizabeth turut meminta individu yang menghubunginya bersifat jujur memandangkan ramai mereka diluar sana yang tidak cukup makan.

"Tapi saya minta maaf kerana tak dapat dan tak mampu nak bantu semua orang. Jadi saya minta anda semua untuk jujur sebab banyak sangat keluarga yang tak cukup makan sekarang ini. Jadi tolong jangan ambil hak mereka," jelasnya.

Perkongsian Elizabeth itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji usaha murni dilakukannya itu serta mendoakan agar dilimpahkan rezeki.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: