19 July 2021

BAPA MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19 - KINI IBU IRWANSYAH PULA POSITIF, KRITIKAL



Pada 8 Julai 2021, ayah penyanyi dan pelakon Indonesia Irwansyah telah meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19. Terkini, ibu Irwansyah pula disahkan positif Covid-19 dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Isteri Irwansyah, Zaskia Sungkar berkata, ibu mentuanya itu kini dimasukkan di ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas lima hari menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Baru sahaja rasa keluarga ni lengkap. Semenjak ayah meninggal, semakin hari kesihatan ibu semakin merisaukan walaupun menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Keadaan mama sekarang masih sesak nafas semenjak kuarantin kendiri di rumah dan akhirnya terpaksa ditahan di ICU," tulis Zaskia.

Zaskia dan Irwansyah meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan ibu dan keluarga mereka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: