"Alhamdulillah katil Manja & baby dah 50% siap. Tunggu hasilnya nnti ya Tq @impian_home love sangat," itulah tulis penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang berkongsi sekeping foto yang memaparkan dua buah katil yang ditempah khas bagi kegunaan bayi yang bakal lahir serta anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.
Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom yang kini sedang berbadan dua dilihat sudah mulai membuat persiapan bagi menyambut ahli baru dalam keluarganya tidak lama lagi.
Foto yang dimuat naik Elly menerusi laman Instagram itu telag mencuri perhatian ramai. Ini pelakon drama bersiri 'Kampung People' ini dilihat menempah dua buah katil berwarna biru dan merah jambu.
Melihat di ruangan komen, ada warganet yang tidak sabar menantikan bayi yang bakal lahir selain ada juga yang berteka-teki mengenai jantina bayi yang dikandung.
Klik untuk gambar besar
"Baby boy keeee" - "Wahh boboy nanti, kedai perabot mana ni kakak lina" - "Macam baby boy je..." - "Awww baby boy ke," teka beberapa peminat.
Untuk makluman, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini mencecah usia lima tahun.
Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada Januari 2020 dan disahkan hamil anak kedua pada April lalu.
________________________
No comments:
Post a Comment