10 July 2021

BEKAS ADIK IPAR DAKWA FIZA HALIM 'KAKI SONDOL', MATA DUITAN?



Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim sebelum ini telah mengaku bercerai buat kali ketiga pada 22 Julai tahun lalu dan kembali memegang status ibu tunggal. Fiza berkata dia mengambil masa untuk kongsikan mengenai perceraian ketiga dengan suaminya kerana pasti akan ada yang memandang serong.

Meskipun agak lama masa diambil buat pelakon wanita ini untuk mendedahkan perkara sebenar, Fiza bagaimanapun reda apabila jodohnya bersama juruterbang, Aizat Al Jefri itu tidak berpanjangan meskipun hanya empat tahun berumah tangga.

Tiada angin tiada ribut, muncul pula dakwaan daripada seorang wanita yang dikatakan bekas adik ipar Fiza yang mendedahkan punca sebenar abangnya dan pelakon wanita itu bercerai.

Menurut wanita dikenali sebagai Afrina, dia mendakwa Fiza homewrecker dan penyondol apabila mendedahkan pelakon itu menjalin cinta dengan abangnya ketika itu masih suami orang dan nikah secara senyap.

Klik untuk gambar besar



Perkara tersebut didedahkan Afrina menerusi sebuah rangkaian twit di laman Twitter dan juga Instagram Stories, kelmarin. Malah, menurut wanita itu lagi, Fiza juga digambarkan sebagai seorang yang suka mengikis duit dan tidak menghormati keluarga bekas suaminya itu.

Dakwa wanita itu lagi, selepas lima bulan berkahwin abangnya mahu berpisah dengan Fiza selepas mengetahui perangai sebenarnya. Katanya lagi, selepas daripada pulang bercuti bersama keluarga, abangnya terus hilangkan diri selama setahun lebih. Ketika itu panggilan telefon tidak dijawab malah tidak jumpa dengan anak bersama bekas isterinya.

Tidak hanya setakat itu, wanita itu mendakwa Fiza memfitnah bekas ibu mertuanya menyihirkan dirinya sebaliknya pelakon itu yang mahu memisahkan bekas suami dengan ibunya.



Ujar Afrina, Fiza juga banyak mengeluh dan memburukkan suami sendiri berikutan abangnya tidak dapat bekerja selama tiga bulan susulan pandemik melanda.

Walaupun berdepan kesusahan, wanita itu mendakwa ibunya yang juga ibu mertua Fiza banyak membantu sehingga memberikan duit belanja kepadanya meskipun sebelum ini dituduh macam-macam.

Meskipun dakwaan ini mula menjadi tular dan hangat diperkatakan di media sosial, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim dilihat masih belum tampil memberi respon dan penjelasan lanjut mengenai isu ini.
















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: