10 July 2021

ZOEY & ZARINA ANJOULIE BERCINTA? - NETIZEN HARAP BUKAN GIMIK 'MARKETING'



Keintiman pelakon dan pengacara Zoey Rahman bersama pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mulai menjadi sebutan dalam kalangan pengikut mereka dan warganet selepas kedua-duanya kerap membuat sesi siaran langsung di laman Instagram.

"Doakan kami," itulah kata Zoey mengenai hubungannya dengan Zarina.

Malah, hantaran dimuat naik Zoey, 36, di Instagram juga seolah-olah memberi gambaran mengenai hubungan cinta yang terjalin. Zoey berkata, dia dan Zarina sudah saling mengenali sejak sama-sama terbabit dalam filem Legenda Budak Setan pada 2010.

"Ketika itu kami cuma kawan biasa dan tak rapat pun. Kemudian, masing-masing terputus hubungan. Kami berjumpa semula awal tahun ini di sebuah klinik rawatan kecantikan. Itu pun secara kebetulan.

"Sejak itu, kami mula berhubung semula sampai sekarang. Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Zoey, sejak hubungan itu mendapat perhatian warganet, dia menerima pelbagai mesej peribadi (DM) dan komen. Ada yang suka dan ada sebaliknya.

"Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali. Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini.

"Sebenarnya dia 'gila-gila'. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya. Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya.

"Kita ini manusia biasa, jangan menilai orang berdasarkan apa yang nampak. Kita tidak tahu pengakhiran hidup macam mana. Setiap orang ada fasa jahat, baik, jatuh dan bangun. Orang boleh berubah bila-bila masa saja. Sejujurnya, saya tak mampu puaskan hati semua. Mana yang suka, terima kasih. Jika sebaliknya, itu pilihan masing-masing," katanya.



Ditanya adakah itu hanya sekadar gimik bagi melariskan produk rangkaian Mikaseries, Zoey menafikannya.

"Pemasaran, gimik, bukan sama sekali. Saya ada banyak klien profesional. Takkan saya nak buat gimik bukan-bukan. Jadi saya kena profesional.

"Lagi pun kerjasama saya dengan syarikat besar itu sudah ada syarat ditetapkan. Cumanya, apabila perkara ini tular sedikit sebanyak meningkatkan jenama produk saya. Kalau saya nak tumpamg populariti dia, jenama Mikaseries sudah popular dulu," ujarnya.

Sementara itu, Zarina, 34, menjawab komen peminat ketika membuat sesi siaran langsung di Instagram berhubung hubungannya dengan Zoey: "Tahu tak berapa lama aku tunggu nak dengan dia (Zoey Rahman) tu?" tuturnya.



Menerusi potongan video dari sesi itu yang kemudian dimuat naik di akaun aplikasi TikTok @nfs12__ , Zarina berkata, Zoey seorang yang 'cute' (comel) dan baik.

Dalam masa sama, Zarina yang juga ibu tunggal kepada seorang anak turut berkongsi bagaimana dia dan Zoey kembali bertemu.

"Dia sangat 'cute'. Nak tahu, masa waktu muda dia lagi 'cute' dan sekarang pun lagi 'cute'. Dia sangat baik. Selepas bercerai dengan Yas, kami berhubungan semula. Kebetulan temujanji kami di sebuah klinik rawatan kecantikan pada hari sama. Jadi kami jumpa dan dari situ mulalah balik.

"Korang (anda) cakap macam tak percaya, sebab saya 'loud' (lantang), Zoey macam tu. Ada saja 'ex' (bekas kekasih) saya yang lembut macam Zoey, yang aku 'loud'. Takkan nak dua-dua 'loud'," katanya.


Menerusi dua video itu, pelbagai komen ditulis peminat Zarina. Kebanyakannya mendoakan hubungan Zarina dan Zoey berlangsung dengan baik. Pengguna akaun @ziana_ismail mendoakan Zarina dan Zoey kekal ke jannah.

"Moga hingga ke jannah Anju dengan Zoey. Amin. Mari kita aminkan ramai-ramai," ujar netizen.

Sementara itu, pengguna akaun @markeunwoo turut gembira dengan berita itu. Bagaimanapun, pengguna akaun TikTok @anylz15 berharap hubungan itu bukan sekadar gimik dan strategi pemasaran produk jualan mereka.

"'I am sorry to say but' macam mak dengan anak. Harap bukan untuk 'marketing' (pemasaran produk) lah. Harap juga kali ini sampai ke jannah. Amin," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: